Kepelbagaian sumber ekonomi sewajarnya di manfaatkan oleh negara – khususnya melibatkan produk pertanian yang berpotensi memiliki nilai ekonomi kepada tujuan perubatan dan kesihatan.
Kini Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengorak langkah ke arah penerapan itu dengan tampil selaku universiti awam (UA) pertama yang menjalankan penyelidikan tanaman ‘hemp’ iaitu Cannabis Sativa, spesis ganja pada produk pertanian.
Langkah R&D ini dijalankan di UniMAP bersama MyUS Hemphouse dan Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) di Sungau Chuchuh, Padang Besar. Makluman tindakan persefahaman ini telah dicapai pada hari ini (10 September) antara UniMAP dan MyUS.
Untuk makluman, berdasarkan pengamatan – Perlis antara kawasan yang memiliki cuaca dan iklim yang sesuai untuk tanaman hemp.
Buat pengetahuan umum, hemp memiliki nilai ekonomi tersendiri – di mana pengawalan tanamannya yang ketat berupaya menjadikan ia antara sumber pasaran yang baik. Malah ketika ini, sudah terdapat negara maju mengkomersialkan produk pertanian ini.
Adanya usaha ini ia turut merancakkan lagi peningkatan hasil produk pertanian negara di masa hadapan.
Tindakan selanjutnya adalah memohon kebenaran kemasukan benih ke negara dari kerajaan Malaysia dan langkah seterusnya melakukan penanaman.