Artikel

Kerajaan Sasar Kutipan Hasil Cukai 2021 – Pada Paras RM162.1 Bilion

Bagi tahun ini, kerajaan telah menetapkan sasaran hasil cukai pada jumlah RM162.1 bilion – di mana ia adalah sumbangan 10.3% kepadan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Jangkaan tersebut meliputi perolehan kutipan Cukai Langsung sekitar RM120.0 bilion dan Cukai Tidak Langsung sekitar RM42.1 bilion.

Cukai Langsung – adalah antara jenis cukai yang dibayar individu kepada pentadbiran secara terus, ia meliputi pendapatan serta kekayaan individu tersebut. Antaranya seperti Cukai Pendapatan, Cukai Harta Tanah, Cukai Keuntungan Modal, Cukai Korporat, Cukai Eksport.

Cukai Tidak Langsung – adalah merujuk cukai yang dikenakan ke atas individu yang menggunakan barangan atau perkhidmatan dan dibayar secara tidak langsung. Antaranya seperti Cukai Perkhidmatan, Duti Eksais, Duti Kastam, Cukai Jualan Pusat, Cukai Pendapatan Pertanian dan beberapa jenis lagi.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi sehingga Julai 2021 kutipan Cukai Langsung mencatatkan RM67.4 bilion (56.2%) dan Cukai Tidak Langsung pula RM24.8 bilion (59%) daripada sasaran.

Ia secara terus menunjukkan prestasi kutipan hasil bagi Separuh Pertama 2021 lebih rendah berbanding anggaran. Malah ia diperlihat akan berkurangan susulan situasi kesihatan semasa negara COVID-19.

Serta pengurangan turut didorong oleh prestasi perniagaan dan kadar penggangguran yang meningkat.

Situasi ini berbeza dengan tahun lalu, apabila negara berjaya mengekalkan momentum dengan memperolehi jumlah kutipan cukai sebanyak RM123.092 bilion, 1.14% lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan RM121.7 bilion.