Artikel

Pemakaian Hijab Bagi Petugas Jururawat Muslim Di Singapura – Kini Dibenarkan

Sempena bulan kemerdekaan Singapura – Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam (29 Ogos) memaklumkan mulai November, kebenaran pemakaian hijab atau tudung bagi kalangan petugas jururawat sektor awam kini dibenarkan.

Penyesuaian itu selari dengan matlamat keharmonian kaum dan agama di Singapura.

Menurut PM Lee pilihan pemakaian hijab itu bebas dilakukan oleh petugas jururawat dengan pemakaian seragam mereka. Pihak pentadbiran memaklumkan perbincangan perubahan dasar bagi sektor kesihatan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi. Perubahan ini tidak hanya membabitkan isu masyarakat Muslim negara, tetapi ia adalah isu nasional – berkaitan keharmornian dan kebebasan.

Penetapan perubahan ini mengambil kira reaksi majoriti masyarakt bukan Muslim, sama ada ia akan menjejaskan hubungan antara masyarakat berbeza. Namun berdasarkan pemerhatian 7 tahun pada pemakaian hijab di tempat awam, kerja dan Parlimen – nyata interaksi yang dipaparkan masyarakat kaum kekal baik.

Adanya sifat terbuka ini – akan mengukuhkan insitusi sosial dan ekonomi Singapura.