Artikel

Penutupan Sekolah Berterusan, Undang Risiko Kepada Kesejahteraan Pendidikan – WHO

Tidak hanya Malaysia, bahkan seluruh negara di dunia mengalami permasalahan yang sama berhubung operasi pendidikan, yang tergendala disebabkan penularan COVID-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama UNICEF dan UNESCO kini menyarankan tindakan ujian saringan harus dilakukan di sekolah, ke atas kakitangan dan pelajar. Ini kerana, sekiranya pendidikan negara terus ditangguhkan – ia akan membawa risiko kepada kesejahteraan pendidikan global.

Kesan yang mendalam, terpaksa didepani oleh golongan remaja global. Peningkatan dari segi kos peralatan peranti pintar dan penurunan fokus pada pembelajaran.

Saranan itu juga dilihat dapat bertindak kepada pengurangan kadar keciciran isi rumah dalam pendidikan. Seperti yang kita ketahui, keperluan pendidikan atas talian meningkatkan perbelanjaan keluarga – untuk memenuhi peranti pintar pembelajaran.

Maka, semua sistem kesihatan dan pendidikan negara perlu mempertimbangkan saranan tersebut. Bagi memastikan pilihan terbaik, dapat memihak kepada masa hadapan golongan remaja.