Sesi Temubual Bersama Rnggt
Peningkatan e-dagang sememangnya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memenuhi keperluan mereka, khususnya dalam era pandemik ini – namun terdapat persoalan bahawa, adakah pasaran e-dagang tersebut akan berkembang dan seterusnya menjejaskan prestasi perniagaan kedai fizikal.
Menerusi persoalan itu Revenue Monster, entiti fintech tempatan yang mempelopori penyelesaian pendigitalan perniagaan – menyifatkan permintaan platform e-dagang akan kekal bertahan dan ia tidak akan mengancam kedudukan kedai fizikal. Di mana, keperluan perniagaan tradisional dan secara atas talian ini dilihat saling melengkapi memenuhi permintaan pengguna.
Aliran pembelian secara atas talian mahupun fizikal dilihat akan berterusan, berikutan terdapatnya keseimbangan penawaran dan permintaan. Bagi Revenue Monster, pengurusan proses pendigitalan ini bukan sahaja membantu perniagaan untuk melancarkan kedai atas talian, namun juga menawarkan perkhidmatan tanpa sentuhan kepada pelanggan, dan selanjutnya mengiklankan perniagaan dalam media sosial.
Sebagai contoh, a la carte berperanan sebagai penyelesaian sehenti untuk semua keperluan perniagaan – sama ada pembayaran tanpa sentuhan, jamu-selera, pengambilan, pandu-lalu atau penghantaran, dapat membuktikan kewujudan kedai atas talian dapat bergerak secara harmoni bersama kedai fizikal.
Tambahan pula, Revenue Monster percaya bahawa bantuan yang diberi kepada para peniaga akan meningkatkan lagi nilai tambah operasi perniagaan dalam jangka masa panjang.
Bertepatan dengan saranan itu, ekosistem Revenue Monster membolehkan peniaga-peniaga untuk mempercepatkan pendigitalan secara lebih lancar melalui peralatan digital seperti penyatuan penyelesaian pembayaran, pautan pembayaran satu klik melalui eInvoice dan LivePay, serta à la carte – penyelesaian kedai super dalam talian.
Peralihan Perniagaan Ke Arah Atas Talian, Memerlukan Sokongan Penyedia Digitalisasi
Untuk menyokong peniaga-peniaga ke arah digitalisasi, Revenue Monster menawarkan solusi-solusi digital dan memberikan satu platform yang dapat membantu perniagaan untuk memiliki kedai atas talian dengan pantas.
Penyelesaian à la carte memperkasakan perniagaan melalui ciri memacukan jualan atas talian, dengan membolehkan perniagaan mencipta menu dan stor digital mereka sendiri yang boleh digunakan di mana-mana platform digital dan sosial. Pada tahun ini, Revenue Monster telah mengumumkan usahama à la carte bersama Boost dan Alipay untuk meluaskan peluang pasaran digital bagi pengusaha makanan dan minuman (F&B).
Usahasama dengan Boost dan Alipay merupakan langkah pertama dalam strategi berterusan Revenue Monster untuk memacu sinergi dan kerjasama dalam pendigitalan dan industri e-dagang.
Tidak itu sahaja, Revenue Monster turut menampilkan ciri penyelesaian yang lain seperti:
- Solusi Pembayaran Bersatu – menampilkan penerimaan pembayaran bagi nirtunai sebanyak 14 dompet digital, Mastercard dan Visa, serta FPX untuk pembayaran atas talian
- Pautan Pembayaran Satu Klik melalui eInvoice dan LivePay – membolehkan perniaga mencipta pautan pembayaran(melalui invois digital), khususnya digunakan ketika penjualan secara langsung yang mana pelanggan boleh membayar segera dalam satu pautan
- Penyelesaian Sekuriti Perniagaan – di bawah kerjasama dengan Alibaba Cloud Solution, Revenue Monster boleh menjamin tahap keselamatan peniaga-peniaga dalam perniagaan atas talian dengan cara yang paling cekap
- Portal Perdagangan Bersatu – satu platform yang merangkumi semua perkhidmatan dan penyelesaian. Peniaga boleh mencapai, mengurus, dan memantau prestasi kedai dalam satu platform.
Revenue Monster berharap melalui penyelesaian yang ditawarkan, ia dapat mendorong lebih ramai peniaga-peniaga untuk menyertai usaha Malaysia MyDigital untuk mencapai ke arah era digitalisasi. Ini sekaligus, selari dengan matlamat utama Revenue Monster untuk membantu premis perniagaan mengharungi krisis pandemik dan berkembang maju bagi kedai atas talian dan fizikal masing-masing.