Artikel

Bursa Malaysia Lancar Pengenalan Indeks Syariah Baharu – Mulai Julai Kelak

Tidak hanya penyedia kewangan, platform papan pelaburan kini turut melihat penglibatan yang aktif dalam penawaran produk pembiayaan lestari.

Bursa Malaysia Bhd kini dalam kenyataannya akan melancarkan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah pada bulan hadapan, Julai 2021.

Menurut Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar – penyertaan indeks baharu ini akan berpandukan kepada metadologi saringan Majlis Penasihat suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Langkah ini akan mempelbagaikan penawaran pelaburan kepada PLC – syarikat penyenaraian awam, disamping mengukuhkan segmen ESG – Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Bursa.

Selain itu, sasaran meningkatkan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan juga akan dilaksanakan. Tindakan itu akan disesuaikan mengikut ukuran landskap pelaburan tempatan.

Adanya tumpuan syariah – ini akan merancakkan lagi penerapan pembiayaan kelestarian dalam kalangan penerbit yang tersenarai.