Artikel

Prestasi Jualan Dagangan Borong Dan Runcit Negara Kukuh – Catat RM111.1 Bilion Pada April 2021

Prestasi perdagangan borong dan runcit negara pada April 2021 memaparkan peningkatan 66.2% kepada RM111.1 bilion, berbanding bulan Mac 2021.

Menerusi data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) – kenaikan mendadak diperlihat didorong atas permintaan dagangan runcit (56.4%), kenderaan bermotor (1,551.3%) dan dagangan borong (40.5%).

Berdasarkan momentum, prestasi perdagangan jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding pada kadar Januari 2020.

Sementara itu, berdasarkan perincian permintaan kenderaan bermotor nyata dapat dilihat peningkatannya pada Jualan Penyelenggaraan & Pembaikan Motosikal (2.450%) dan Jualan Kenderaan Bermotor (1,771.5%). Hasil momentum ini baik untuk pertumbuhan industri negara.