Artikel

Creador Kini Miliki 30% Kepentingan Syarikat Induk Tealive

Creador Sdn Bhd, iaitu sebuah firma ekuiti persendirian kini akan perolehi 30% pegangan pada syarikat induk jenama Tealive – Loob Holding Sdn Bhd.

Menurut Brahmal Vasudevan – prestasi Loob yang kukuh dari segi perolehan dan pendapatan bersih RM58 juta pada tahun lalu, memaparkan pengukuhan pada kadar pertumbuhannya.

Pelaburan menerusi Uttama Limited iaitu firma gabungan Creador IV LP itu akan membolehkan penyertaan Creador pada pertumbuhan Tealive.

Untuk makluman umum, pertengahan Mei lalu – Tealive telah menyatakan hasrat perancangan mereka ke arah pembukaan 1,000 cawangan dalam tempoh 3 tahun ini.

Bryan Loo Ketua Pegawai Eksekutif Loob menyatakan pihaknya merancang untuk memperluaskan operasi dengan sasaran pembukaan antara 130 sehingga 150 cawangan pada setiap tahun.

Lokasi yang akan diberi tumpuan seperti Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Malah percaturan Tealive juga tidak hanya tertumpu pada pasaran tempatan, bahkan pasaran global yang kini bertapak di 8 negara.