Februari lalu, Malaysia Airlines telah merancang untuk mewujudkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital untuk tempoh pasca-COVID-19 kelak. Modul di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) – difahamkan para pengguna Malaysia Airlines akan memiliki pasport digital pada aplikasi yang mempunyai ciri kad kesihatan tersebut.
Berdasarkan kenyataan terbaharu, perluasan ujian pas IATA tersebut akan melibatkan penumpang dari Kuala Lumpur ke Tokyo-Narita, serta Melbourne dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Sebelum ini ujian telah dilakukan pada akhir April lalu pada laluan Kuala Lumpur-London.
Aplikasi pas tersebut tidak hanya akan diuji pada pengguna iOS sahaja, bahkan meliputi pengguna Android turut akan dapat menggunakan aplikasi itu.
Menerusi penerapan pas digital ini, para pengguna dapat melakukan temu janji bersama pihak perubatan untuk pemeriksaan kesihatan sebelum perjalanan. Ia meliputi ujian saringan RT-PCR dan akan diberi sijil vaksinasi menerusi aplikasi.
Tujuan penerapan digital ini adalah untuk memastikan jaminan perjalanan udara tempatan dan antarabangsa dapat dipenuhi kelak. Meskipun masih berasa di peringkat awal ujian, namun ia suatu langkah yang baik untuk persiapan sistem penerbangan negara depani COVID-19.