Artikel

Aspirasi Pelaburan Nasional – Bantu Negara Capai Matlamat Berpendapatan Tinggi

Kabinet negara kini telah meluluskan dasar pelaburan baharu – Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), yang diperlihatkan dapat merancakkan lagi momentum ekosistem pelaburan Malaysia.

Usaha ini selaras engan Pelan induk Perindustrian Keempat dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Pengenalan NIA ini dapat menjadi teras kepada kemasukan pelabur asing ke dalam negara. Malah Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) langkah ini juga dapat membantu negara memenuhi matlamat pekerjaan berpendapatan tinggi setelah tamatnya era pandemik kelak.

  • Meningkatkan kepelbagaian dan kerumitan ekonomi melalui pengembangan produk dan perkhidmatan yang canggih, dengan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta inovasi tempatan yang tinggi
  • Mewujudkan pekerjaan berketerampilan tinggi untuk memberikan pendapatan yang lebih baik bagi rakyat
  • Memperluas dan mengintegrasikan hubungan domestik ke rantaian bekalan serantau dan global, dengan meningkatkan daya tahan
  • Mengembangkan kelompok baharu dan sedia ada yang memfokuskan pada sektor produktiviti tinggi, termasuk produk dan perkhidmatan tempatan
  • Meningkatkan keterangkuman untuk menyumbang ke arah agenda pembangunan sosioekonomi

Melalui langkah ini, Malaysia perlu memperkasakan kembali pertumbuhan pelaburan dengan mengambilkira perkembangan semasa serta keperluan para pelabur pada perdagangan serantau.

Tidak hanya itu, peruntukan dari segi insentif, tenaga kerja, infrastruktur dan kemudahan juga perlu lebih bersedia. Tindakan itu akan membantu meningkatkan agenda produktiviti, pengeluaran dan keyakinan para pelabur.