Artikel

Platform HPC, NEC – Sasar Tingkatkan Purata Pendapatan Isi Rumah Malaysia Menjelang Akhir Tahun Ini

Isu peluang pekerjaan adalah antara perkara yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat ketika ini – khususnya sewaktu pandemik COVID-19 dan peningkatan kadar pengangguran negara di paras 4.9%. 

Memahami tuntutan itu – Pembangunan Sumber Manusia di bawah KSM telah melancarkan HRDF Placement Centre (HPC) dengan sasaran lebiih 50,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan.

Tidak hanya kekosongan pekerjaan bahkan tawaran kemahiran serta latihan turut akan diterapkan kepada para pemohon berdasarkan bidang yang terlibat.

Menerusi pembabitan HPC ini – dilihat telah melengkapkan penyertaan platform pembangunan pekerjaan bersama Majlis Pekerjaan Negara (NEC), diharapkan ia dapat mengurangkan kadar pengangguran.

Sekaligus mencapai sasaran peningkatan purata pendapatan isi rumah yang disasarkan pihak pentadbiran pada pasaran buruh negara.