Semua pihak ketahui, temasya sukan antrabangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 antara acara terbesar yang terpaksa menangguhkan pelancaran mereka disebabkan pandemik COVID-19.
Penangguhan itu tidak hadir dengan percuma, ia tanpa sedar telah meningkatkan kos operasi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Jepun dan para penganjur.
Berdasarkan laporan The Diplomat sebelum ini, kos rasmi temasya Olimpik Tokyo 2020 telah meningkat 22% iaitu AS$15.4 bilion (RM63.7 bilion) berbanding perbelanjaan asalnya AS$7 bilion kepada AS$12.6 bilion (RM52.1 bilion).
Untuk makluman tambahan kos sekitar AS$2.8 bilion itu adalah disebabkan kelewatan untuk satu tahun dari tarikh penganjuran. Ini bermakna sekiranya ia kekal ditangguhkan, akan membawa kepada peningkatan kos operasi yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, angka kos itu diperkatakan akan terus meningkat, di mana pihak penganjur akan menyediakan kos suntikan vaksin kepada para atlet terlibat berserta pengunjung. Ia masih di tahap perbincangan dan bergantung kepada arahan semasa penganjur.
Setakat ini, Jepun masih kekal dengan keputusannya untuk meneruskan acara Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.