Apabila menyingkap tentang kesan yang mendalam, sektor penerbangan adalah antara yang tertinggi menanggung kos kerugian. Namun melalui pelaksanaan agihan vaksin COVID-19, ia nyata mampu menjadi penanda aras kepada pemulihan perjalanan dunia.
Permerhatian positif ini turut diakui Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group berhubung momentum industri penerbangan pada pasca pandemik COVID-19 kelak.
Ia menyasarkan potensi pemulihan ini dapat dilakukan selama 2 tahun, ini termasuklah sasaran AirAsia dalam pengumpulan dana pemulihan sekitar RM2.5 bilion.
Tindakan pengurusan mengurangkan kepentingan di India serta menamatkan operasi di Jepun nyata memberikan sentimen positif pada operasi kumpulan. Pelepasan kos pada pertimbangan pasaran lain ini dilihat penting untuk memajukan operasi AirAsia.
Setakat ini perkembangan baik telah ditunjukkan pada Indonesia, China, Australia dan Singapura. Sementara itu, perancangan pengumpulan dana berhubung pasaran Thailand dan Filipina akan dimaklumkan kelak.
Pemasaran AirAsia ketika ini dilihat tidak lagi menumpukan pada perjalanan dunia sahaja, malah penglibatannya pada digitalisasi juga turut mulai meningkatkan prestasi entiti.