Artikel

Kerajaan Bakal Tandatangani Kontrak Perolehan Vaksin Johnson & Johnson, AS

Selaras dengan pendekatan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerajaan kini telah mulai mempelbagaikan tindakan lanjut. Tidak lama lagi, negara bakal tandatangani perolehan bekalan vaksin Johnson & Johnson, dari Amerika Syarikat.

Makluman itu telah dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Laporn klinikal menunjukkan penggunaan vaksin itu positif serta mendapat pengesyoran dari Jawatan kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV).

Untuk makluman vaksin ini adalah vaksin satu dos suntikan sahaja. Pihaknya memberi jaminan sekiranya penerima telah menerima vaksin yang merangkumi 2 dos, akan diutamakan simpanan dos kedua mereka setelah 21 hari disuntik pada dos pertama.

Setakat ini,rundingan tersebut masih ditahap perbincangan dan penelitian.