Artikel

90% Responden Berpendapat Perlu Bekerja Tempoh Lebih Lama, Supaya Tidak Kehilangan Pekerjaan – UOB

Penerapan konsep bekerja dari rumah (WFH) di Malaysia ketika ini, telah menyebabkan sebahagian besar tenaga kerja menjalankan tugasan mereka di kediaman masing-masing. Ternyata ramai pihak mulai selesa akan keadaan tersebut, ia dilihat lebih seimbang.

Berdasarkan Kajian Sentimen Pengguna ASEAN UOB – tinjauan dapati pengaturan tugasan kerja dilihat lebih seimbang dan fleksibel apabila konsep WFH ini menjadi pilihan tetap.

Kenyataan itu diperakui pada purata 8 dari 10 pekerja di Malaysia jangka keseimbangan kehidupan dan pekerjaan akan bertambah baik sekiranya konsep bekerja dari rumah, menjadi pilihan tetap.

Bagaimanapun terdapat beberapa faktor lain turut dinyatakan, sekitar 90% responden Malaysia menyifatkan mereka perlu bekerja untuk tempoh lebih lama, supaya mengelakkan dari kehilangan pekerjaan.

Perkara itu tidak hanya diperakui oleh responden Malaysia sahaja, negara lain turut memperakuinya seperti Indonesia (92%), Thailand (87%), Singapura (89%) dan Vietnam (90%).

Menurut Pengarah Eksekutif UOB Malaysia, Lai Tak Ming – pandemik telah mengubah cara premis perniagaan berfungsi. Perubahan tersebut telah membentuk kaedah cara kerja baharu kepada rakyat Malaysia. Perkara itu mendorong penyesuaian secara drastik perlu dilakukan semua pihak. Malah kadar kebergantungan terhadap pekerjaan juga semakin tinggi disebabkan pandemik COVID-19 ini.

Selain itu, faktor positif lain tinjauan dapati 74% responden menjangkakan produktiviti pekerjaan mereka akan bertambah baik menerusi penerapan bekerja dari rumah – mereka lebih bebas dalam menyesuaikan tempoh bekerja.

Meskipun begitu, jangkaan peningkatan produktiviti itu jelas berbeza bagi kumpulan generasi, di mana generasi Z bersetuju 87%, generasi Y pula 78% dan generasi X, 67%.