Malaysia kini telah memperolehi jaminan daripada beberapa bekalan dos vaksin diseluruh negara, ia meliputi Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, CanSino, Gamaleya dan menerusi perjanjian seperti COVAX.
Menerusi makluman baru, negara akan menerima bekalan pertama vaksin Sinovac pada April ini. Bekalan vaksin penyelidikan China itu dianggarkan pembekalannya sekitar 14 juta dos vaksin kepada negara – ia akan diagihkan secara berperingkat mengikut fasa kepada seluruh rakyat negara.
Difahamkan keseluruhan agihan dapat dilakukan menjelang Oktober 2021 ini.
Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Pharmaniaga turut mengatakan bagi agihan fasa pertama, sekitar 1 juta dos vaksin akan dilaksanakan.
Bagi pihak yang mempertikaikan status ‘halal’ vaksin tersebut, mereka tidak perlu khuatir. Ini kerana hasil penyelidikan vaksin Sinovac tersebut telah berjaya memperolehi pengiktirafan halal daripada Majlis Ulama Indonesia. Antara individu yang telah menerima vaksin terbabit adalah Joko Widodo, Presiden Indonesia dan Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki.