Semua pihak ketahui, inovasi China berhubung penerapan teknologi di negara mereka adalah sangat tinggi, khususnya melibatkan teknologi pengecaman wajah. Namun begitu, masih terdapat ketidakselesaan pada penggunaan tersebut dalam kalangan rakyatnya.
Tinjauan Beijing Think Tank mendapati sekitar 87.46% dari 1,515 responden China tidak bersetuju akan penerapan teknologi pengecaman wajah tersebut pada kawasan komersial.
Keraguan itu membabitkan isu perlindungan data peribadi dan jaminan privasi masyarakat. Untuk makluman, sistem data pengecaman wajah tersebut digunakan secara menyeluruh oleh China. Akses pembelian barangan sehinggalah akses kepada tangani jenayah seperti penipuan atau kesalahan tertentu.
Sementara itu, sekitar 52% responden pula berpendapat – teknologi ini tidak harus digunakan pada kawasan hospital, sekolah dan juga pejabat. Rakyat China melihat kawasan ini sebagai zon yang sensitif dan perlu dijaga maklumat peribadi serta identiti individu terlibat.