Negara kini akan memperolehi sekitar 18.4 juta dos vaksin COVID-19 melalui Pharmaniaga Bhd dan Duopharma Biotech. Kedua-dua syarikat terbabit telah memeterai perjanjian pembekalan vaksin COVID-19, kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkara itu telah dimaklumkan secara berasingan, di mana Pharmaniaga kini mengatakan akan membekalkan 12 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh China Sinovac Life Sciences, sementara itu Duopharma Biotec pula akan membekalkan 6.4 juta dos vaksin Sputnik V yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Gamaleya Rusia.
Proses pembotolan pembekalan vaksin tersebut akan diagihkan secara menyeluruh pada Mac-April 2021 kepada seluruh pusat kesihatan yang terlibat.
Penglibatan kedua-dua entiti ini secara jelas dapat memberi manfaat yang baik buat pelaburan dan perniagaan sektor kesihatan negara.
Ini kerana menerusi perhubungan yang baik antara Malaysia, China dan Rusia – ia dapat meningkatkan pertumbuhan aliran negara, perkongsian teknologi, perkembangan sektor serta meningkatkan keyakinan pelabur pada kepakaran negara.