Isu minyak sawit antara Malaysia dan negara Eropah ini dilihat masih lagi berpanjangan apabila negara kini telah mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung peraturan Kesatuan Eropah (EU) yang mempengaruhi penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit di pasaran.
Untuk makluman pada tahun 2019, Perancis telah membuat pindaan dengan mengubah status dan insentif cukai pada pasaran minyak sawit. Tindakan itu telah mendorong kenaikan sekitar 30% hingga 40% harga minyak sawit di Perancis dan menyebabkan minyak keluaran negara Eropah memiliki lebih banyak manfaat.
Malaysia, selaku pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia – negara menolak usaha EU untuk menghentikan penggunaan minyak sawit sebagai biofuel, dan telah meminta perundingan untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut.
Tidak hanya Malaysia, Indonesia pada Disember 2019 turut mengemukakan aduan kepada WTO berhubung penelitian peraturan pasaran minyak sawit.
Sebelum ini EU telah memulakan rancangan utama – mengikat negara-negara anggota untuk membangun ekonomi neutral karbon pada tahun 2050, termasuk dengan mempromosikan penggunaannya. Namun pihaknya menganggap pengeluaran minyak sawit negara adalah tidak lestari dan biofuel berasaskan minyak sawit negara tidak boleh dikira sebagai bahan yang dapat diperbaharui di EU.
Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali mengatakan EU meneruskan pelaksanaan arahan itu tanpa mempertimbangkan komitmen dan pandangan Malaysia, bahkan setelah Malaysia memberi maklum balas kepada pihaknya dari segi teknikal.
Pakar persekitaran melihat punca sekatan tersebut dikaitkan dengan dorongan penebangan hutan yang membawa kepada ketirisan hutan tropika dilihat telah mengugat kesan hijau negara.
Bagaimanapun, Malaysia telah berusaha menafikan tanggapan tersebut dan bertanggungjawab membersihkan cerminan alam sekitar negara dengan membentuk kempen promosi Love MY Palm Oil iaitu Sayangi Minyak Sawit.
Menerusi usaha Malaysia ini meja rundingan akan dibawa bagi menyelesaikan pertikaian yang wujud. Akan tetapi, sekiranya rundingan tersebut gagal dileraikan, WTO akan mengkaji kes ini dengan wakil panel mereka.