Artikel

Touch ‘n Go – Pengendali Dompet Digital Pertama Yang Ingin Memudahkan Anda Melabur

Kini semua pihak boleh melabur dengan harga serendah RM10.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memberi kelulusan bersyarat kepada Touch ‘n Go Digital Sdn Bhd untuk beroperasi sebagai Pengendali Pasaran Yang Diiktiraf (RMO).

Pengiktirafan tersebut sekaligus menjadikan anak syarikat TNG ini sebagai platform dompet digital pertama yang boleh menawarkan akses perkhidmatan pelaburan asas kepada pengguna. 

Perkhidmatan itu merangkumi produk pasaran modal secara langsung, dana unit amanah pasaran wang secara terus pada platform dompet digital mereka, tanpa memerlukan pihak ketiga. 

Malah kerjasama TNG Digital bersama Principal Asset Management juga dapat merancakkan lagi perkembangan platform berhubung pemahaman pelaburan dan pengurusan dana dalam kalangan pengguna.