Artikel

Hasrat Ant Group Untuk Tampil Selaku IPO Terbesar Bernilai RM154 Bilion – Digagalkan Oleh China

Bursa saham Shanghai, China kini telah menangguhkan tawaran awam permulaan (IPO) Ant Group berjumlah RM154 bilion (AS$37 bilion).

Tindakan itu dilakukan berikutan perubahan besar yang berlaku pada peraturan kewangan digital (fintech) telah diselaraskan – ia membawa kepada pembatalan penyenaraian firma itu pada pasaran bursa.

Di mana, pihak berkuasa kewangan China telah memaklumkan peraturan baharu itu pada hari Isnin, selang sehari sebelum penawaran IPO Ant Group dilaksanakan. Langkah itu secara tidak langsung merugikan Ant Group.

Berdasarkan laporan, peraturan baharu itu merangkumi sebarang pinjaman atas talian perlu memiliki kelulusan pihak berkuasa, dan maksimum pinjaman adalah sekitar 300,000 yuan.

Namun menjadi permasalahan disini adalah pinjaman Ant Group melebihi apa yang diperuntukkan. Penetapan peraturan China ini jelas memberi masalah kepada pemain industri, mereka tidak lagi dapat menghasilkan pulangan faedah yang lumayan dari dana simpanan pelanggan.

Semalam (Selasa), pihak berkuasa kewangan China telah melakukan perjumpaan secara tertutup bersama Jack Ma dan eksekutif atasan lain bagi perbincangan lanjut.

Untuk makluman juga, sebelum ini Jack Ma pernah mengkritik peraturan kewangan China yang tidak seimbang dan tidak menguntungkan – tindakan itu dilihat menimbulkan provokasi dan kontroversi.