Artikel

Netflix Alami Penurunan Langganan Dikala Persaingan Penstriman Mulai Meningkat

Susulan pengurangan kawalan COVID-19 di sesetengah negara, Netflix kini alami penurunan pada catatan keuntungan penstriman.

Perkara ini didedahkan Neflix semalam bahawa mereka mengalami penurunan langganan paling rendah sejak 2016, berdasarkan laporan suku tahunan yang berakhir 30 September – mereka sekadar memperolehi tambahan 2.2 juta pelanggan penstriman berbanding sasaran awal 3.4 juta sebelum ini.

Pada Januari sehingga Mac, Netflix telah mencatatkan peningkatan langganan sehingga 15.8 juta pelanggan. Ia menjadikan perang persaingan penstriman semakin menarik dikala krisis pandemik melanda dunia.

Netflix mengakui bahawa persaingan semakin meningkat apabila Walt Disney, WarnerMedia AT&T telah menyusun semula untuk percaturan penstriman mereka berhubung pemaparan pelbagai pilihan video kepada pengguna.

Lebih merancakkan lagi persaingan – apabila segmen sukan mulai menyambung semula permainan mereka, ini menjadikan pemaparan penstriman secara ekslusif pada sesetengah produksi menjadikan persaingan lebih sengit kepada Netflix.

Setakat ini, Netflix mengatakan pihaknya akan menyelesaikan penggambaran lebih dari 150 produksi pada akhir tahun dan akan melancarkan lebih banyak kandungan asal pada setiap suku tahun 2021 berbanding tahun 2020.

Untuk makluman, pendapatan Neflix bagi suku ketiga ini telah meningkat 22.7% kepada RM26.7 bilion (AS$ 6.44 bilion), angka itu melepasi anggaran yang ditetapkan iaitu RM26.4 bilion (AS$ 6.38 bilion). Sementara itu, pendapatan bersih pula mencatatkan RM3.2 bilion (AS$790 juta).