Jerman kini sedang merancang menggubal undang-undang untuk memberi hak kepada penduduk mereka jalani konsep bekerja dari rumah.
Ini kerana berdasarkan pengamatan Jerman, sekitar 40% rakyatnya telahpun menjalani konsep bekerja dari rumah ini sebelum penularan krisis COVID-19 berlaku lagi.
Melihat pada data tersebut, ia menguatkan lagi usaha negara tersebut untuk merangka undang-undang kebenaran itu.
Malah berdasarkan laporan Financial Times, draf rangka undang-undang terbabit akan diterbitkan dalam beberapa minggu sahaja lagi.
Menurut Menteri Tenaga Kerja dan Sosial Persekutuan Jerman, Hubertus Heil – draf itu akan memberi pilihan kepada warga Jerman untuk membuat pilihan bagi mengamalkan kaedah pekerjaan mereka. Khususnya ketika ketidaktentuan krisis global ini berlaku.
Berdasarkan tinjaun, lebih 98% warga Jerman mengatakan mereka ingin berkerja dari rumah.
Lebih menarik konsep ini secara tidak langsung dapat memberi penjimatan kos yang tinggi pada operasi perniagaan, tinjauan turut mendapati sekitar RM45,653 (AS$11,000) dapat dijimatkan bagi setiap tenaga kerja yang bekerja pada separuh masa.
Ia perkara yang baik namun kegusaran mungkin akan berlaku dari segi produktiviti pasaran sesebuah premis.
Bagaimanapun, antara entiti yang kini dicontoh membenarkan para pekerjanya melaksanakan konsep tersebut adalah Google, Facebook, Twitter, dan Microsoft.
Tidak hanya Jerman sahaja menunjukkan minat akan peralihan konsep bekerja itu. Kini di Amerika Syarikat (AS) seramai 69% syarikat perkhidmatan kewangan jangka hampir dua pertiga tenaga kerja mereka memilih untuk bekerja dari rumah bagi tempoh tertentu.