Artikel

Saham Tesla Jatuh 21%, Kerugian Terburuk Dalam Sejarah

Tesla Inc merosot kira-kira RM333.4 bilion dari nilai pasarannya semalam, setelah pengecualian mengejutkan dari indeks S&P 500.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding nilai gabungannya bersama General Motors Co dan Ford Motor Co.

Saham Tesla mencatatkan penurunan peratusan terendah dan kini menambah penjualan saham teknologi yang lebih luas untuk mendominasi pemulihan Wall Street kesan dari krisis COVID-19.

Saham ditutup 21.06% lebih rendah, sementara rakan pengeluar automotif elektrik Nikola Corp pula melonjak lebih dari 40% setelah General Motors mengatakan ia memperoleh 11% saham dalam syarikat itu.

Penganalisis dan pelabur Wall Street menjangkakan Tesla akan bergabung dengan S&P 500 setelah syarikat itu mencatatkan keuntungan secara berturutan pada suku keempat bagi bulan Julai.

Namun sebaliknya, apabila S&P memutuskan untuk menambahkan Etsy Inc, Teradyne Inc dan syarikat teknologi farmasi Catalent Inc ke senarai S&P 500 sebagai gantinya.

Kemasukan Tesla dalam indeks S&P 500 memerlukan dana yang tinggi untuk membeli sahamnya. Penganalisis Credit Suisse – Dan Levy mengatakan pengecualian itu mungkin mencerminkan cabaran dalam menambahkan syarikat Tesla ke senarai indeks tersebut.