Penyampaian maklumat dalam sesebuah negara adalah sangat penting kepada rakyat negara, ia adalah platform liputan berkenaan sesebuah isu dalam dan luar negara.
Ia bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi dalam negara namun ia turut memiliki peranan yang tersendiri dalam menyalurkan maklumat kepada warga dunia.
Rentetan itu, pada tarikh 3 September 1945, selaku rakyat Malaysia kita perlu berbangga akan kewujudan penerbitan akhbar Warta Negara pertama di Malaysia mula terbentuk. Terbitan itu telah dilaksanakan di negeri Pulau Pinang.
Menerusi pengenalan akbar Warta Negara ini ia secara tidak langsung telah mencetuskan kepentingan pembacaan dalam kalangan rakyat Tanah Melayu pada ketika itu.
Untuk makluman, pada awal era penerbitan akhbar ini – ia telah dimiliki oleh saudara Ahmad Jailani, iaitu merupakan bekas pekerja akhbar Penang Shimbon.
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua pada 2 September, beliau telah membeli peralatan percetakan Jepun, bermula dari detik itu – beliau memulakan langkah penerbitan akhbar Warta Negara.
Tindakan itu bagi mengisi permintaan rakyat Tanah Melayu yang ingin mengetahui isu semasa seperti masalah darurat dan tuntutan kemerdekaan. Malah, antara slogan yang sering digarapkan pada penerbitan akhbar ini adalah Akhbar Dari Rakyat Untuk Rakyat.
Apa yang lebih menarik, akhbar tersebut tidak hanya menerbitkan tentang isu semasa sahaja namun turut menterjemahkan semula artikel bahasa inggeris.
Selain itu, segala input berkaitan isu luar turut diperolehi menerusi pegawai-pegawai British yang terlibat pada era itu.