Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) kini telah menandatangani perjanjian pembiayaan sebanyak RM100 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.
Pembiayaan ini bertujuan untuk membantu warga PKS tempatan yang terjejas disebabkan krisis COVID-19.
Menurut Abrar A. Anwar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SC – setakat ini pihak bank telah menyusun pakej bantuan kepada PKS dengan mengasingkan bayaran penstrukturan dan platform digital.
Tindakan ini secara tidak langsung dapat memberi kadar faedah yang lebih tinggi untuk akaun semasa, serta memberikan harga pilihan dan perlindungan insurans percuma kepada warga PKS.
Langkah ini juga dapat memberikan pulangan modal kepada warga PKS disamping mengurangkan beban kewangan mereka.
Selain itu, bank telah mengembangkan program bantuan pembayaran balik pinjaman dengan menawarkan penangguhan tiga bulan moratorium pinjaman mulai 1 Oktober 2020 untuk pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini.
Untuk makluman, perjanjian itu menjadikan Standard Chartered sebagai penyumbang bantuan kewangan tertinggi di kalangan bank asing di Malaysia.