Artikel

Harga Runcit Maksima Petrol, Diesel Dibatalkan

Kerajaan telah membatalkan harga maksima (harga siling) bagi petrol dan diesel.

Perintah pembatalan harga siling ini dilakukan melalui sebuah warta kerajaan bertarikh 3 Jun 2020, berjudul Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penentuan harga runcit maksimum bagi petrol dan diesel) (No. 8) (Pembatalan) 2020.

Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan ini menyatakan bahawa arahan Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel adalah dibatalkan.

Arahan ini dilakukan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Alexander Nanta Linggi, yang diluluskan pada 10 April 2020.