Petronas berjaya melancarkan bon senior berbagai peringkat (multi-tranche senior bond) bernilai AS$6 bilion semalam.
Bon ini terdiri daripada pelbagai peringkat, iaitu AS$2.25 bilion 10-tahun, AS$2.75 bil 30-tahun, dan AS$1 bilion 40-tahun nota konvensional.
Pengeluaran bon AS$6 bilion ini merupakan kali pertama dilakukan Petronas sejak Mac 2015. Semua dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk modal kerja dan pembangunan syarikat itu.
Nota 10-tahun itu dihargakan 290 bps sepanjang tempoh 10 tahun, dengan kadar 3.65%.
Nota 30-tahun dihargakan dengan kadar 4.55%.
Manakala nota 40-tahun dihargakan pada kadar 4.80%.
Sambutan permintaan bon ini sangat memuaskan, mencecah AS$37 bilion pada waktu penilaian.
Ini adalah yang terbesar pernah dicapai oleh mana-mana pengeluar bon dari Asia dalam sejarah.
Nisbah permintaan tambahan sebanyak 6.2x juga melambangkan kepercayaan pasaran terhadap kebolehan Petronas untuk terus pacu ke hadapan.
Petronas diberi penarafan A2 oleh Moody’s dan A- oleh S&P. Kedua-dua diberikan tahap ‘stabil’