oleh Sara Hussein
Penggunaan topeng muka di Asia ketika wabak koronavirus sedang hebat menular adalah lebih ketara berbanding di Barat.
Pakar-pakar bersetuju bahawa topeng pembedahan biasa yang biasanya dipakai di Asia semasa musim sejuk dan musim panas bukan cara yang mudah untuk mencegah jangkitan koronavirus.
Tetapi orang yang dijangkiti virus itu dinasihatkan untuk memakai topeng muka ini untuk menghentikan penyebaran kepada orang lain, dan ada bukti bahawa penyebaran wabak covid-19 ini boleh berlaku sebelum seseorang tahu mereka sakit.
Itu telah menimbulkan hujah mereka yang sokong pakai topeng kerana kumpulan ini percaya bahawa topeng muka boleh membantu mengehadkan penularan wabak tersebut.
Di sesetengah tempat di Asia, memakai topeng telah menjadi reaksi normal kepada wabak itu. Sebagai contoh, kerajaan Jepun mengumumkan Rabu (1 April) bahawa setiap isi rumah akan mendapat dua versi kain yang boleh diguna-pakai semula. Penduduk di Hong Kong pula bukan setakat memakai topeng muka, malah sehingga menghantarkannya ke saudara mereka yang menetap di luar negara.
Keiji Fukuda, pengarah dan profesor klinikal di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Hong Kong berkata, orang di bandar raya melihat memakai topeng “sebagai cara individu cuba melindungi kedua-dua masyarakat yang lebih besar dan juga dirinya”.
“Tetapi di mana saya dibesarkan, di AS, memakai topeng dilihat oleh beberapa pihak, bukan semuanya, sebagai pelanggaran peribadi – kewajiban yang tidak dikehendaki,” katanya kepada AFP.
Penggunaan topeng di sesetangah tempat di Asia dengan bilangan jangkitan dan kematian yang agak rendah virus itu, termasuk Jepun dan Hong Kong, telah menyebabkan beberapa pihak mengatakan bahawa memakai topeng adalah sebab mengapa wabak ini menular lebih perlahan berbanding di Barat.
Tetapi pakar-pakar khuatir dengan teori ini.
Ben Cowling, seorang profesor di Sekolah Kesihatan Awam Universiti Hong Kong berkata, iaanya mengiktiraf pelbagai langkah kesihatan awam yang dilaksanakan di negara-negara tersebut.
Ini termasuk “mengenal pasti kes-kes dan mengasingkannya, mengesan dan mengimbangi hubungan mereka, dan juga melaksanakan penjarakkan sosial dalam masyarakat,” katanya kepada AFP.
“Rasa keselamatan yang palsu”
Fukuda juga memberi amaran terhadap pemikiran memakai topeng “sebagai X-factor ajaib”.
“Sesetengah tempat seperti Singapura umumnya berjaya membendung penularan wabak ini tanpa memberi penekanan terhadap penggunaan topeng muka,” katanya.
Beliau menyifatkan penularan wabak yang lebih kecil disebabkan kerana melakukan langkah-langkah seperti pengesanan hubungan, koordinasi yang baik, penjarakkan sosial “dan orang awam yang agak bimbang dari permulaan dan bersedia bekerja dengan pihak berkuasa kesihatan”.
“Kesemua faktor ini harus berlaku serentak, itu yang penting.”
Pendirian Organisasi Kesihatan SeDunia (WHO) tetap sama: bahawa pemakaian topeng muka untuk masyarakat umum tidak dinasihatkan, kerana terdapat kekurangan stok topeng muka di peringkat global dan keperluan yang sangat mendesak untuk digunakan oleh pegawai-pegawai ‘barisan hadapan’.
“Memakai topeng boleh memberi gambaran kepada seseorang bahawa beliau ada ‘keselamatan palsu’,” kata Simon Clarke, profesor bersekutu mikrobiologi selular di Universiti Reading.
Lebih baik ada, dari tiada?
“Saya boleh bayangkan suatu keadaan di mana bagi sesetengah orang yang telah positif covid-19, dan enggan melaporkan situasinya kepada pihak berkuasa. Mengambil langkah-langkah tersendiri dengan memakai topeng muka. Ini seolah-olah memberi satu ‘perlindungan’ kepada mereka yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa, untuk terus bekerja dan berjalan di tempat awam, hanya sebab mereka memakai topeng muka,” katanya kepada AFP.
“Kita semua tahu orang yang tidak berfikir tentang membawa selsema ke tempat kerja untuk berkongsi dengan semua orang – ia akan sama dengan coronavirus.”
Walaupun kekurangan bukti yang kuat, terdapat tanda-tanda bahawa pihak berkuasa di Barat telah mula menggalakkan orang ramai menggunakan topeng muka.
Austria dan Slovenia sebagai contoh telah mengarahkan rakyat mereka menggunakan topeng muka.
Doktor Penyakit Berjangkit di AS, Dr. Anthony Fauci berkata minggu ini bahawa apabila bekalan stabil, cadangan untuk menggunakan topeng muka mungkin diperluas untuk membantu mencegah orang yang dijangkiti dari menyebarkan virus ini.
“Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan menggunakan topeng muka,” katanya kepada CNN.
Cowling berkata penyelidikan tambahan diperlukan untuk membentuk dasar yang betul mengenai jenis topeng apa yang berguna dan bagaimana ia harus digunakan, tetapi peningkatan penggunaan topeng muka ini mungkin ada baiknya.
“Saya fikir setiap negara harus melihat setiap langkah yang mungkin boleh memperlahankan jangkitan wabak ini. Walau kecil macam mana pun, sekiranya ia boleh mengurangkan jangkitan, saya rasa ia baik untuk digunapakai.” – AFP