Artikel

Laporan Koronavirus: Adakah tenggiling ‘pengantara’ kelawar dengan manusia?

Laporan disediakan oleh wartawan AFP Paul Ricard dan Brigitte Castelnau / Diterjemahkan oleh Rnggt


Para penyelidik di China yang sedang menyiasat asal-usul punca penularan koronavirus mungkin telah menemui jawapan yang mereka carikan.

Saintis di China telah mengumumkan pada Jumaat (7 Feb) bahawa tenggiling mungkin merupakan ‘pengantara’ di antara kelawar dan manusia.

Walau bagaimanapun, saintis tidak menolak kemungkinan wujud penyebab lain, buat masa ini.

Kajian sebelum ini – di mana para penyelidik telahpun menolak kemungkinannya – melihat ular sebagai penyebab koronavirus.

Selain ular, terdapat banyak lagi spesies pasaran hidupan liar di Wuhan yang dianggap sebab mengapa wabak nC0V2019 ini berlaku.

Wabak SARS yang tular pada tahun 2002 dan 2003 melibatkan sejenis koronavirus yang berbeza dengan kali ini, telah dibuktikan pindah ke manusia, setelah orang ramai memakan haiwan civet (atau musang pulut, musang lamri), sebuah mamalia kecil yang dimakan di China.

Banyak haiwan mampu menyebarkan virus kepada spesies lain, dan hampir semua strain koronavirus menular kepada manusia berasal dari hidupan liar.

Kelawar telah dikenali pasti sebagai pembawa penyakit koronavirus nC0V2019. Sehingga kini, lebih dari 40,000 telah disahkan menghidapi koronavirus jenis ini dan telah meragut hampir 800 nyawa.

Analisis genetik baru-baru ini menunjukkan bahawa virus yang sedang merebak di kalangan manusia adalah 96% serupa dengan kelawar.

Menurut Arnaud Fontanet, dari Institut Pasteur Perancis, penyakit itu mungkin tidak melompat terus dari kelawar kepada manusia.

“Kami berpendapat bahawa ada haiwan lain yang menjadi perantara,” katanya kepada AFP.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa virus yang dibawa oleh kelawar tidak mempunyai perkakasan yang diperlukan untuk selak kepada reseptor sel manusia. Tetapi ia masih tidak jelas haiwan apakah yang menjadi ‘pengantara’ di antara kelawar dengan manusia.

Fontanet percaya bahawa perantara itu “mungkin mamalia,” mungkin datang dari haiwan keluarga badger.

Setelah menguji lebih daripada 1,000 sampel haiwan liar, para saintis di Universiti Pertanian China Selatan mendapati urutan genom virus di pangolin adalah 99% serupa dengan pesakit coronavirus, seperti dilaporkan oleh agensi berita rasmi China – Xinhua.

Tetapi para saintis ini mendesak orang ramai agar tidak membuat kesimpulan awal.

“Ini bukan bukti saintifik lagi,” kata James Wood, ketua jabatan perubatan veterinar di University of Cambridge.

“Siasatan terhadap pelbagai haiwan amat penting untuk dilakukan, tetapi hasilnya mesti diterbitkan untuk para saintis antarabangsa menguji kembali siasatan yang dibuat demi mendapat membuat kesahihan yang rapi,” tambah Wood.

“Hanya melaporkan pengesanan RNA virus dengan persamaan seragam sebanyak 99+ peratus tidak mencukupi,” katanya lagi.

Untuk mengenal pasti haiwan mana adalah dalangnya secara sahih, para penyelidik perlu menguji setiap spesies yang dijual di pasar-pasar di Wuhan. Melakukan ini adalah perkara yang mustahil kerana pasar di Wuhan telah ditutup buat selamanya.

Martine Peeters, seorang ahli falsafah di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Perancis (IRD), merupakan antara mereka yang telah mengenal pasti haiwan tuan rumah untuk virus Ebola.

Mereka mendapati bahawa walaupun kelawar yang menyebarkan virus itu kepada manusia.

Semasa penyelidikannya terhadap Ebola sedang dilakukan, “kami mengumpulkan ribuan kelawar dari beberapa tempat di Afrika,” kata Peeters kepada AFP.

Fontanet berkata penyelidik di China juga melakukan perkara yang sama.

“Mereka mengatakan bahawa pihak di sana telah menganalisis sampel dari trak sampah,” katanya.

“Mereka tidak mengatakan yang mana, tetapi saya fikir ia mungkin telah menjadi najis yang hanya terletak di sekitar kawasan di Wuhan,” tambah Peeters lagi.

Walaupun mungkin terlambat untuk hentikan penularan wabak untuk kali ini, kerja-kerja dalam mengenal pasti haiwan pembawa untuk novel koronavirus ini penting untuk mencegah perkara sama dari berulang di masa hadapan.

China sebagai contoh mengharamkan penjualan haiwan civet untuk tujuan makanan berikutan penularan wabak SARS.

Eric Leroy, ahli kaji selidik dan doktor haiwan di IRD berkata, pencarian itu boleh menyamai keputusan dengan cepat seperti dalam kes SARS. Tetapi ia mengambil masa bertahun-tahun untuk tentukan asal-usul virus ini.

“Sebagai contoh, dalam menyelidik wabak Ebola, penyelidikan bermula pada tahun 1976 dan kami tidak melihat hasil pertama diterbitkan sehingga 2005,” katanya kepada AFP.

Satu faktor penting yang perlu dinilai adalah dalam menentukan berapa peratusan spesies yang sama telah dijangkiti.

“Jika angka itu rendah, kurang daripada satu peratus misalnya, itu jelas akan menurunkan peluang anda menjumpai haiwan apa yang telah dijangkiti,” kata Leroy.

Untuk Fontanet, koronavirus adalah contoh terbaharu penyakit yang dibawa jika manusia terus memakan haiwan liar.

Beliau berkata China perlu “mengambil langkah-langkah yang cukup radikal terhadap penjualan haiwan liar di pasaran.”

Beijing telah melarang amalan itu, tetapi hanya melakukan sedemikian SELEPAS wabak ini tular sehingga ia menjadi tidak terkawal.

Fontanet mengesyorkan menyediakan sebuah senarai kesemua haiwan yang jika dimakan – boleh menyebabkan apa-apa virus ‘melompat’. – AFP