Artikel

Sekitar 62% Ahli Parlimen Malaysia Dimonopoli Golongan Berusia 50 Tahun Dan Ke Atas

Ternyata purata kumpulan umur Ahli Parlimen di Malaysia dipelopori oleh mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.

Sebenarnya itu bukanlah fakta baharu tetapi ini adalah kenyataan yang semua rakyat Malaysia perlu ketahui tentang Ahli Parlimen negara.

Berdasarkan Laporan Analisis Perbahasan Ahli Parlimen Berteraskan Sains Data 2018-2019 oleh Institute for Research and Development of Policy (IRDP) ini menunjukkan penglibatan ahli politik berusia bawah 50 tahun adalah sangat rendah.

Ini tidak termasuk dengan kadar penglibatan wanita pada sidang tersebut – yang sekadar mencatatkan 15% penglibatan sahaja. Nisbah ketika ini memaparkan 6:1, lelaki lebih tinggi. Manakala satu pertiga Ahli Parlimen lain pula adalah berumur 60 tahun dan ke atas.

Sementara itu, Laporan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih 2020 juga jelas menunjukkan penguasaan lelaki pada sektor kementerian dan parlimen kekal tinggi dan wanita pula masih rendah pada tahun ini.

Di mana bahagian kementerian hanya mencatatkan penglibatan wanita sekitar 17.9% sahaja. Selebihnya adalah dikuasai lelaki.