Itulah hakikat yang sedang dihadapi oleh pekerja gig ekonomi bahagian penghantaran makanan, khususnya di kawasan bandar.
Menurut laporan AFP – pengurangan pendapatan itu adalah disebabkan persaingan sengit yang berlaku dalam landskap gig ekonomi. Di mana penglibatan pemandu dan penghantar makanan kini lebih tinggi berbanding permintaan pesanan makanan dari pelanggan.
Faktor lain yang turut mendorong adalah pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai pihak diberhentikan pekerjaan. Ini menyebabkan ramai kehilangan pendapatan dan mendorong kepada peningkatan pekerja gig ekonomi negara.
Berdasarkan temubual AFP bersama salah seorang penghantar makanan – Amal Fahmi mengatakan sebelum ini beliau mampu hidup dengan selesa namun disebabkan penularan wabak, peningkatan pekerja gig dalam sektor makanan telah mengurangkan pendapatannya. Persaingan semakin sengit.
Keadaan ketika ini dilihat sukar untuk semua pekerja gig ekonomi negara, meskipun setiap kawasan berbeza perolehan pendapatannya namun situasi kini getir untuk pekerja gig yang berada di bandar.