Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengatakan kerajaan bercadang untuk meningkatkan pembelian vaksin Covid-19, supaya dapat menampung keperluan imunisasi rakyat sehingga 70% berbanding kuantiti asal sekitar 30%.
Buat masa ini, Malaysia sudah membuat tempahan sebanyak 30%. Perdana Menteri mengatakan beliau telah mengarahkan Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menambahnya dari 30% kepada 60% atau 70%.
Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin ini sekitar Mac 2021 kelak.
Sebelum ini, telah diperkatakan bekalan awal vaksin akan memfokuskan kepada pekerja di barisan hadapan, dan sekitar 70% rakyat dijangka akan menerima vaksin pada 2021.