Artikel

UEM Edgenta – Kekalkan Momentum Pertumbuhan, Umum Dividen 6 Sen

UEM Edgenta Berhad – syarikat peneraju pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur telah mengumumkan keputusan suku kedua kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2019. 

Interim dividen sebanyak 6 sen telah diisytiharkan bagi tempoh H1 TK2019. Sekiranya dilihat interim dividen sebelum ini sebanyak 8 sen bagi H2 TK2018 – ia akan menghasilkan pulangan sebanyak 4.5% bagi tempoh 12 bulan ia berdasarkan harga saham yang ditutup pada 23 Ogos 2019 sebanyak RM3.10.

Bagi H1 TK2019, UEM Edgenta terus mempertahankan pertumbuhannya dengan peningkatan pendapatan sebanyak 10.4% tahun ke tahun kepada RM1.11 bilion berbanding RM1.01 bilion pada TK2018. Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan bersih untuk H1 TK2019 masing-masing telah meningkat sebanyak 2.8% dan 4.6% kepada RM92.8 juta dan RM68.1 juta.

Penyumbang utama bagi pertumbuhan H1 TK2019 adalah pengurusan aset segmen UEM Edgenta – Sokongan penjagaan kesihatan dan penyelesaian harta kemudahan. Di mana catatan peningkatan pendapatan sebanyak 19.7% dan PBT 25.9%.

Separuh pertama TK2019 ini, UEM Edgenta telah menumpukan perhatian kepada usaha penambahbaikan yang berterusan termasuk pelancaran kenderaan mekanisasi bagi memodenkan perkhidmatan penyelenggaraan lebuh raya serta memulakan operasi Pusat Pembelajaraan UEM Edgenta. Pusat ini menawarkan pelbagai latihan dan pembangunan program kepada kakitangan serta rakan kongsi perkhidmatan.