Artikel

Skor PKS CTOS Bantu Perusahaan Tempatan Bagi Penilaian Kredit

Apa yang senang berlaku: CTOS Data Systems Sdn Bhd telah melancarkan Skor PKS CTOS bagi tujuan penilaian kredit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Kenapa ini penting: Menerusi penyelesaian ini secara tidak langsung membolehkan PKS untuk mengetahui status kredit semasa mereka. Malah, kemampuan potensi syarikat untuk kelayakan diberikan pinjaman, pajakan dan kredit perdagangan.

Bagaimana ia berfungsi: CTOS telah berkerjasama dengan FICO, piawaian de facto bagi skor kredit di Amerika Syarikat, bagi mengetahui status kewangan PKS. Selain itu, penyelesaian ini turut menerima data daripada Data Kredit Syarikat Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) dan Data Kredit Pengguna CCRIS daripada Bank Negara Malaysia dan data pemfailan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Kepentingan yang diperolehi: Berdasarkan tinjauan ke atas sejuta komuniti PKS Malaysia- hampir 54% – syarikat, 60% – perkongsian dan 52% – pemilik tunggal telah mencatatkan jumlah skor 290 atau lebih. Perihal ini secara tidak langsung menunjukkan pungutan nilai kredit yang membrangsangkan iaitu pada tahap biasa kepada cemerlang.

Apa selepas ini: Skor PKS CTOS telah ditawarkan pada harga RM9.90 berbanding harga biasa RM15.20 sehingga 30 September tahun ini. Malah, pelanggan pengurus kredit CTOS pula turut dapat menikmati penyelesaian itu secara langsung tanpa bayaran.