Artikel

Pelaburan Semula – Selangor Catat Jumlah 40.3% Pada Sektor Pembuatan Negeri

Apa yang sedang berlaku: Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Arham Abdul Rahman menerusi pelaburan semula, Selangor telah mencatat sumbangan sebanyak 40.3 peratus dari jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan negeri. Kini, Selangor terus menjadi lokasi perhatian dalam pelaburan khusus sektor perkilangan.

Kenapa ini penting: Disamping dapat meningkatkan pertumbuhan pada arena pelaburan tempatan. Peluang ini juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada warganegara. Di mana, menerusi pelaburan semula ini sebanyak 802,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan. Majoriti pekerjaan adalah dalam sektor elektrik dan elektronik (196,158), diikuti dengan alat pengangkutan (91,752), produk getah (82,055) serta mesin dan peralatan (52,620).

Apa selepas ini: Melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta MIDA, pihak ini ingin memperkemaskan lagi usaha untuk menarik pelaburan berkualiti. Di samping itu, menyediakan pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal kepada para pelabur asing mahupun domestik.