Artikel

Kerajaan Umum Peralihan Siaran Analog Secara Berperingkat

Apa yang sedang berlaku: Kerajaan pengumuman peralihan siaran analog televisyen secara berperingkat, yang bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya.

Kenapa ini penting: Adanya peralihan ini ia membolehkan liputan siaran TV dilaksanakan secara digital, dengan kualiti siaran yang lebih baik.

Bagaimana ia berfungsi: Pemilihan Langkawi sebagai kawasan rintis bagi permulaan penutupan siaran TV analog dibuat memandangkan Langkawi telah mempunyai ekosistem TV digital yang mantap, di mana liputan siaran TV Digital adalah menyeluruh, di samping penyelesaian pengagihan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Kenapa sekarang: Pelaksanaan ini adalah didorong untuk memperluaskan akses siaran digital negara serta sektor telekomunikasi (5G). Malaysia juga merupakan negara ketiga di rantau ASEAN yang akan menjalankan penutupan siaran TV analog selepas Brunei serta Singapura.

Apa selepas ini: Peralihan ini diterima baik oleh masyarakat. Sekali gus dapat memudahkan proses pengadaptasian negara dalam penggunaan 5G di masa akan datang.