Artikel

Adakah Rundingan Axiata-Telenor Sedang Goyang?

Axiata akan keluar dari meja rundingan sekiranya Telenor tidak ‘melindungi kepentingan negara dan kakitangan’.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Harian Metro melaporkan perkara ini pada 5 Ogos.

Jamaludin dipetik berkata “ia bukan hanya mengenai urusan komersial. Sekiranya saya tidak mendapat sesuatu untuk melindungi kepentingan negara dan kakitangan, saya akan keluar daripada perjanjian ini, walaupun dengan penggabungan itu memberi manfaat kepada kumpulan”.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Axiata tidak hanya mementingkan isu pelanggan, tetapi harus memberi tumpuan juga kepada isu kakitangan dan negara.

Ini merumitkan sebab utama Axiata wujud, iaitu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Berdasarkan kenyataan yang disebutkan oleh Jamaludin, dan dipetik oleh Harian Metro, ini menunjukkan bahawa Axiata mungkin akan mengenepikan perkara yang bagus untuk pelanggan dan juga kumpulan Axiata, sekiranya ia tidak memberi manfaat kepada kepentingan negara dan kakitangannya.