Bank Negara Malaysia telah berkongsikan data bagi sorotan status ekonomi negara pada bulan Jun 2019 lalu.
Peningkatan Bagi Inflasi Menyeluruh Pada Bulan Jun
- Pada bulan Jun, inflasi keseluruhan telah meningkat sebanyak 1.5 peratus berbanding Mei sekadar 0.2 peratus.
- Pelaksaanan kadar GST sifar sekali gus menyebabkan inflasi makan keseluruhan menjadi lebih tinggi
- Manakala inflasi keluaran makanan segar terus terkawal berikutan terdapatnya kawalan semasa musim perayaaan.
- Peningkatan ini tidak meliputi kesan pada perubahan dasar cukai penggunaan, di mana bulan Jun kekal stabil pada 1.5 peratus berbanding Mei 1.6 peratus.
Pertumbuhan Eksport Lebih Tinggi Pada Bulan Mei 2019
- Eksport mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 2.5 peratus berbanding April 1.1 peratus, hal ini disebabkan oleh eksport bukan E&E dan eksport pertanian yang lebih tinggi.
- Namun, pertumbuhan eksport pada masa akan datang dijangka terus sederhana disebabkan oleh kadar pertumbuhan dunia dan aktiviti perdagangan yang agak kecil.
Aktiviti Ekonomi Kekal Disokong Oleh Pembiayaan Bersih
- Pembiayaan bersih meningkat 5.9 peratus pada bulan Jun berbanding Mei iaitu 6.3 peratus. Bon korporat terkumpul mencatatkan pertumbuhan lebih rendah pada 10.6 peratus sedangkan Mei mencatat 11.1 peratus.
- Pinjaman isi rumah terkumpul meningkat 4.9 peratus berbanding Mei 5.1 peratus.
- Manakala pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul mampan pada 4 peratus berbanding Mei 3.6 peratus.
- Jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem perbankan masih lagi sekitar purata pinjaman bulanan sebanyak 0 bilion. Pengeluaran pinjaman yang berterusan ini merangkumi segmen isi rumah dan perniagaan, termasuk PKS.
Prestasi Pasaran Kewangan Domestik Bertambah Baik Pada Bulan Jun
- Pasaran kewangan domestik mencatatkan aliran masuk semula portfolio bukan pemastautin. Aliran masuk ini didorong terutamanya oleh kesanggupan pelabur untuk mengambil lebih risiko di rantau ini berikutan jangkaan pasaran bahawa kadar faedah di Amerika Syarikat akan dikurangkan dan ketegangan perdagangan semakin reda.
- Susulan semua perkembangan tersebut, ringgit menambah nilai sebanyak 1.3 peratus berbanding dengan dolar Amerika Syarikat dan ini sejajar dengan mata wang serantau. FBM KLCI meningkat 1.3 peratus dan kadar hasil MGS 10 tahun menyusut 15.5 mata asas.
Permodalan Sistem Perbankan Terus Kukuh
- Dengan penampan modal lebihan sebanyak RM103 bilion pada bulan Jun 2019, institusi kewangan berada pada kedudukan yang kukuh untuk menghadapi kejutan makroekonomi dan kewangan yang serius.