Menerusi pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, sektor pertumbuhan Ekonomi Digital dilihat antara industri yang diberi penekanan untuk belanjawan kali ini.
Peruntukan berjumlah RM1.7 bilion telah diberi oleh pihak kerajaan dibawah 4 operasi utama pertumbuhan ekonomi digital. Antaranya adalah:
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP)
- RM250 Juta : Bagi penyediaan akses jalur lebar melalui teknologi satelit khususnya di Sabah dan Sarawak
- RM210 Juta : Peruntukan bagi pelaksanaan infrastruktur digital di bangunan awam, khusus sekolah serta kawasan yang berimpak tinggi pada taman perindustrian.
Membangunkan Aplikasi Digital
- RM50 Juta : Pemberian Geran Persediaan 5G – Bagi menggalakan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia
- RM25 Juta : Dana Geran Padanan Secara Bidaan Dilaksanakan – Beri galakan kepada perintis aplikasi digital untuk memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur NCP
- RM20 Juta : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – Beri dorongan kepada penghasilan kandungan digital seperti e-permainan, animasi dan seni digital
Menaiktaraf Syarikat Digital
- RM500 Juta : Geran Padanan Untuk PKS Bagi Melanggan Perkhidmatan Digital – 50% geran padanan sehingga RM5,000
- RM550 Juta : Geran Padanan Bagi Automasi Pintar – Diberi kepada 1,000 syarikat pembuatan dan 1,000 syarikat perkhidmatn untuk mengautomasikan proses perniagaan
- RM70 Juta : 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti Ditubuhkan – Perihal ini bagi memudahkan akses kepada pembiayaan pembangunan kapasiti perniagaan khususnya buat PKS
Membentuk Masyarakat Digital
- RM10 Juta : Beri latihan kepada usahawan mikro-digital serta pakar teknologi bagi memanfaatkan pasaran digital, platform media sosial untuk jualan produk mereka.
- RM20 Juta : Peningkatan kepada pembangunan e-Sukan
- Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) ditubuhkan – Bagi meningkatkan keupayaan tenaga kerja dengan kemahiran digital untuk masyarakat serta akan diberi potongan cukai