Apa yang sedang berlaku: Firma audit Ernst & Young (EY) telah menjalankan tinjauan audit pada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Menerusi pelaporan audit mereka, terdapat pelbagai kelemahan pada sektor kewangan lembaga itu.
Kenapa ini penting: Perihal ini bagi memastikan proses pengauditan pada sistem integriti pihak lembaga ini dapat diperkukuhkan lagi. Lebih menarik, kelemahan ini dikatakan sewaktu dibawah pimpinan Ketua Eksekutif LTAT – Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Ini adalah antara 7 kelemahan yang dikesan EY:
- Perolehan tertahan (Retained Earnings) terjejas akibat bayaran dividen secara berlebihan
- Aset LTAT dinyatakan lebih tinggi dari apa yang ada, bagi tahun 2015 hingga 2017
- Due Diligence tidak dilaksanakan dengan betul
- Aset harta tidak terjual
- Meningkatkan risiko isu kelebihan dan kecairan sejak tahun 2014
- Dividen tertunggak daripada anak-anak syarikat yang tidak diterima
- Kurang kawalan dalam unit amanah saham
Apa selepas ini: Pengurusan baharu LTAT akan mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi membentuk semula sistem integriti pengurusan lembaga mereka. Turut difahamkan, pembentangan laporan kewangan bagi Tahun Kewangan (TK) 2018 bakal dikongsikan pada 30 September ini.